Wednesday, October 27, 2010

Berakhirnya posting surgery

Setelah 4 bulan berhempas pulas menjalani hidup sebagai seorang HO posting pertama di jabatan pembedahan, kini aku akan di tempatkan ke jabatan perubatan.
Bila dipikirkan balik banyak juga kenangan manis semasa berada di jabatan pembedahan..
Segala kepayahan, hiruk pikuk di HTAA akhirnya berjaya kulalui tapi hanya di jabatan pembedahan.
Minggu2 terakhir, aku telah di assign untuk assist di scope room. Pelbagai jenis scope / teropong dapat aku tgk antaranya :

1) OGDS (kamera untuk teropong bahagian perut)
2) Colonoscope (bahagian bwh melalui bahagian dubur sehingga ke usus besar)
3) EUS (endoscopic ultrasound)- teropong ni ada 2 functions. selain ada kamera, die jugak ada US function untuk scan dinding perut
4)ERCP (endoscopic retrograde chalaniopancreatography)- yang ni pula untuk tgk batu hempedu..

Yang menariknya di bilik endoscopy ni, hanya specialist (dr pakar) sahaja yang boleh membuat scope.. dan registrar (MO yang mengambil master) tapi under supervision pakar la.

Tugas saya di bilik scope adalah membantu memberi sokongan moral kepada pesakit..hehe... supaya tenang dan jgn takut..(penting tu)...kalau pt restless susah jugak nak buat...
& memastikan semua form telah diisi indication, consent, dan medication...



Antara indications yang selalunya patient kene wat scope ni ialah:

1) OGDS - dyspepsia (rasa pedih ulu hati), PUD (ulser di perut),
                   GOO (gastric outlet obstruction symptom)- pesakit yang datang dengan muntah2, susah nak telan (dysphagia) untuk tgk ada ketumbuhan di dalam perut,
                    Melena (najis berwarna hitam)
                    Hematemesis (muntah darah)

Selain dari untuk tujuan diagnostic, OGDS juga digunakan untuk therapeutic.Contohnya:

1) bleeding ulcer (pendarahan dari ulser di perut): boleh dihentikan dengan injection adrenalin dekat ulser itu ataupun clipping
2) Bleeding from esophageal varices (pendarahan dari saluran darah di esophagus)- boleh diikat menggunakan banding..
Clo test juga akan ditest untuk melihat samada punca ulser di perut adalah disebabkan oleh kuman yang bernama Helicobacter pylori. Sedikit tisu sample akan diambil dan diletakkan ke dalam tempat testing.

                          Clo test akan berubah warna pink apabila terdapat jangkitan kuman H.pylori pada perut

Colonoscopy - (kamera dimasukkan untuk teropong bahagian keluar najis dan usus besar)
          
Indikasi untuk ujian colonosopy ini juga sama seperti OGDS
1)LGIB - PR bleed (najis berdarah atau membuang najis bersama darah)
2) Altered bowel habit (najis yang berubah2 sekejap keras sekejap lembut atau cair)
2) Subacute I/O (masalah tidak boleh membuang najis samada tersumbat disebabkan ketumbuhan/tumor)

Tapi in acute I/O slalunya xbleh buat colonoscopy ni sbb takut bowel perforation..

So far, sesiapa yang nak masuk posting surgery hendaklah bacala skit2 mengenai topic:

  • UGIB
  • LGIB
  • Acute abdomen (ac appendicitis, PUD, cholecystitis,pancreatitis)
  • Head injury
  • Renal stone
  • intestinal obstruction
  • All lumps & bumps
  • hernia
  • thyroid

The principle of surgical management is to stabilized & prepare the patient pre-operatively, Critical care of patient post-operatively and how to manage acute cases such as acute bleeding or severe head injury. 

You have to play with fluid & electrolyte because even slight hyponatremia pre-operatively can influence recovery rate of that patient post-operatively.. 

And one of my MO always advice, pt with ascending cholangitis should be attend stat & treated closely because the patient may come initially stable but may deteriorate within second!!

Kalau ada patient acute bleeding, UGIB / LGIB, just prepare je la untuk pasang CVP.. kene monitor i/o closely...

Then, if ada patient datang mild- severe head injury or post craniectomy (neuro patient).. GCS kene betul2 charting & assess... sbb if GCS drop samada kene repeat CT scan or prepare for intubation..

Or, if ada patient yang daripada siang hari dah tak stable, Eg: hypotension even with inotrope support, kenela report pada MO supaya boleh dirujuk kes tersebut kepada anaesth..

Hrm...overall posting surgical di HTAA merupakan 1 pengalaman manis yang takkan dilupakan sampai bile2.. terutama bila datang sebagai 1st poster..bnyak kenangan manis & pahit.. MO semua baik2 termasuk specialist.. Thanks a lot to my senior2 yang bnyak membantu meneruskan perjuangan dan kerjaya sbg seorang dr pelatih.. thanks juga kepada MO & specialist atas segala tunjuk ajar...

Thursday, October 21, 2010

Kuantan Bandar tikus?

Takutnyer bile mendengar petikan tajuk di atas.. 
apa sebenarnya yang berlaku ni??
Mari kita baca bersama2 utusan Malaysia bertarikh 18/10/10 ni..



TAHAP kebersihan premis makanan di bandar Kuantan boleh dianggap pada tahap sederhana.
Jika markah penuh yang diberikan ialah sebanyak 100 peratus, kebanyakan premis makanan di ibu negeri Pahang ini hanya 65 peratus dan di bawah daripada kadar itu.
Dalam program penarafan bintang yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) baru-baru ini, hanya tiga premis yang mendapat 5 Bintang.

Itu pun kesemuanya merupakan premis makanan segera. Dua premis makanan 24 jam milik India Muslim di bandar ini mendapat penarafan 4 Bintang.
Tiada premis makanan Melayu yang mendapat penarafan bintang sedangkan kaum itu dikenali sebagai bangsa pembersih.

Di manakah silapnya?
Ternyata faktor kebersihan premis makanan tidak selaras dengan perkembangan pembangunan dan peningkatan kualiti perbandaran di Kuantan masa kini.
Pertumbuhan pesat bandar Kuantan telah menggalakkan lagi pembukaan kedai makan dan restoran, gerai dan kilang pembuatan makanan.

Namun, di sebalik rakyat menikmati pertumbuhan pesat ekonomi di bandar Kuantan, ramai pengusaha atau pengendali makanan mengabaikan kualiti kebersihan semata-mata mahu mengejar keuntungan.
Bagi menilai tahap kebersihan terutama di kalangan pengendali atau pengusaha premis makanan di sekitar bandar Kuantan, MPK menjalankan satu kajian berkaitan tahap pencemaran bakteria.
Kajian itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Antarabangsa (CLAIR) yang beribu pejabat di Jepun yang diketuai pakar kebersihan makanan, Usui Chikara.
Turut terlibat dalam kajian di bandar ini selama dua minggu ialah pakar kebersihan makanan dari CLAIR Singapura dan seorang pakar dari Universiti Nasional Singapura.

Kajian tersebut dilakukan ke atas peralatan memasak termasuk kain pengelap di 12 premis makanan popular di bandar Kuantan.
Hasil kajian itu mendapati peralatan di premis makanan terbabit tidak memuaskan iaitu 25 peratus melebihi tahap pencemaran yang dibenarkan.
Ia sekali gus memberi gambaran tahap kebersihan premis makanan masih rendah dan ia boleh menyumbang kepada masalah keracunan makanan.

Persampelan makanan yang dijalankan oleh Unit Kawalan Mutu Makanan MPK sehingga Ogos lalu ke atas premis makanan terpilih mendapati bahawa 30 peratus iaitu 12 daripada 40 sampel makanan bagi analisis mikrobiologi tercemar dengan bakteria E-Coli, Basilus Cereus dan Stphlycoccus.
Kedua-dua kajian terbabit mendapati tahap kebersihan premis makanan di bandar Kuantan masih tidak mencapai kualiti makanan yang memuaskan iaitu mencapai atau melebihi 80 peratus penilaian kebersihan makanan.

Masalah lain yang turut menyumbang kepada faktor kualiti kebersihan premis makanan ialah berkaitan pembiakan lipas, lalat dan tikus (LILATI).
Perlu diingat bahawa tindakan mengawal LILATI di kawasan awam atau luar premis makanan adalah tanggungjawab MPK sedangkan kawalan atau pemusnahan haiwan perosak itu di dalam premis adalah tugas pemiliknya.

Berbanding lalat dan lipas, masalah tikus di bandar Kuantan dianggap lebih serius.
Pembiakan tikus di premis makanan boleh menyumbang kepada masalah penyakit kencing tikus atau leptospirosis jika ia tidak dikawal sepenuhnya.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini sahaja, sejumlah 1,945 ekor tikus berjaya ditangkap oleh MPK di pusat bandar terutama di luar premis makanan dan tempat pembuangan sampah.
MPK mengenal pasti dua lokaliti yang mempunyai indeks kawalan tikus yang tidak terkawal iaitu di Pasar Besar Kuantan dan Jalan Datuk Wong Ah Jang.

Sebagai usaha untuk mengawal tikus-tikus terbabit, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengubah waktu kutipan sampah dari siang kepada malam bagi mengawal pusat pembuangan sampah yang menjadi tempat tikus mencari makan pada waktu malam.
MPK juga menggiatkan lagi operasi tikus atau Ops Tikus di kawasan awam dan premis makanan bertujuan memusnahkan haiwan tersebut.

Meskipun begitu masih banyak rungutan orang ramai terhadap kehadiran tikus di bandar Kuantan.
Ada yang mendakwa pernah melihat tikus sebesar kucing yang menyelinap di longkang-longkang yang menjadi tempat persembunyian di bandar ini.
Salah satu punca wujudnya ribuan tikus di pusat bandar ini disebabkan sikap segelintir pemilik premis makanan yang membuang sampah dan sisa makanan secara tidak bersistematik.
Justeru, MPK dan pengendali premis makanan perlu lebih proaktif menangani masalah kehadiran tikus-tikus ini.

Syor yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong supaya pembersihan berkala di saliran-saliran atau longkang-longkang yang menjadi habitat tikus perlu dilaksanakan.

Pendek kata, apa sahaja usaha perlu dijalankan supaya Kuantan tidak dilabelkan sebagai 'Bandar Tikus' sebagaimana Kota London yang pernah mendapat jolokan tersebut sekitar kurun ke-18 dan 19.

Apakah?? 
Dah la saya memang pelanggan tetap di kedai2 mkn di sini..
maklumla orang duduk hostel (mane de dapur nak masak)
So...wut is the next step?
do i need to take fastfood everyday??
wooo~~~
sedihnyer cmni...


MyEm0.Com




Happy BirtHdaY 2 U.....


May this year be your best ever.
I hope all your birthday dreams and wishes come true.
Not just a year older, but a year better.
Here's to another year of experience.
A simple celebration, here is wishing you great happiness, a joy that never ends.


Sometimes words are hard to find to form that perfect line to let you know you are always on my mind. Happy birthday dear!
I feel so lucky sharing my life with someone as wonderful as you.


Happy Birthday my love!

Sunday, September 12, 2010

~~Hari Raya Celebration

Break sekejap dengan sambutan hari raya....
tahun ni macam tahun2 yang sebelum nya...
Raya pertama- Di Kg. Selayang
Raya seterusnya- Di Kg Tanjung Karang 
Cuma yang bezanya, tahun inilah tahun pertama sebagai seorang yang bekerjaya....
it means tahun pertama la kene bagi duet raya..hehe
Bila beraya sakan ni terlupa la sekejap kan stress bekerja
Tahun ni raya agak meriah sebab ada sembelih kambing sempena aqiqah anak mak cik...
dapatla merasa kari kambing & stik Kambing..nyam nyam nyam...



inilah total cucu nenek & atuk saya... hampir 30 lebih..hehe...
(penting ni untuk kira bujet duit raya utk diorang)

tapi ada sebahagian yang tiada dalam gmbar ni....
ok...pasni dah puas beraya kene sambung keje balik...
lusa dah start oncall..huhu... :(

Thursday, September 9, 2010

~~Middle of Surgical posting~~

Pejam celik Pejam celik...
tau2 dah 2 bulan lebih saya bekerja sbg Housemanship di jabatan pembedahan ini...
Segala pahit manis, oncall, semua telah dilalui..walaupun takla bnyak mane...
Towards the end of my surgical posting ni...aim pun dah berubah...
kini saya sedang berusaha untuk memenuhi logbook saya ini..ish ish.... MyEm0.Com
& towards the end.. debaran semakin terasa...
Assesment ku semakin dekat..waaa... Scary nya...
Possibility untuk di Extend sgt la tinggi even kita tak tau nak jawab soalan teori...huhu
Setiap minggu akan ada seorang atau 2 org houseman di assess di tgh2 umum...
means we are being assessed in front of the speacialist, MO and even housemen...erk....
that was the hardest part..huhu...


even though the Q being ask is the topic in the log book... but when being ask in front of people it makes our voice feel like stuck in the throat...
i've to struggle in order to pass it...Go intan Go...!! MyEm0.Com

Semoga perjalanan ku di permudahkan..Amin...

Sunday, August 22, 2010

~~Life in Surgery

Life as houseman was as tough as i thought..
& as easy as we can think it positively
Its a matter of adaptation, acceptance, & how we actually manage our life as a junior doctor..
Being a doctor, is not as easy as its name...
you have to be responsible in whatever u do, every steps & every word came out from you
and it was soo different from the student's life as you dont have any responsibility, you can only come & go to the ward as much as you like,
No one will disturbed your sleep..
you can get so many excuses when you want to..
You can get so many friends and you can choose your friend..
You can have many time with your family, your friend & yourself
I really miss my student's life!!

And...
Being a houseman is totally different from above

Day 1 in ward- Melapor diri kepada ketua jabatan... & biasala ward orientation by sister...
Then you have to start Tagging for 2 weeks
Life started at 6am in the morning, after subuh, i went to the ward
Start reviewing the patient
Then went to the morning pass over- means the oncall people will pass over all the cases that admitted yesterday
Then ward rounds..
ward work.
noon review
rounds
Ward work
pm review...
home...at 10pm (during tagging time)
Sleep...ZzzzZZZzzz
(i lose 5kg during tagging time)

After 2weeks- i've finished my tagging period...yeah..
So, i can go back earlier at 6pm after finished all the work la..
It was just like heaven after finished tagging
Dapat merasa sinar cahaya matahari, suasana di kuantan di siang hari...
yang tak dapat di rasa apabila kita tagging...huhu
Datang ke ward pun dalam 6.50 atau 7 lebih..hehe

then, after finished tagging, we will have our 1st oncall..
my 1st oncall not that bad, as i was paired with someone senior 3rd poster houseman..
he teach me a lot of thing during my 1st call & i have the opportunity to do CVP with him...
Luckily my 1st call only have 4 admission...

After pass one month, then my rotation begin, i was assigned to do clinic rotation for 1 week
During clinic, it was such a plesure when things go smoothly
Duduk kat klinik memang bes nak compare kerje ward..pressure pun kurang skit...
Dekat klinik, we have to review the patient and discuss with MO regarding the case..
Banyak yang boleh dipelajari masa kat clinic especially how to manage stable patient
& i get the opportunity to do hemorrhoid banding during my clinic rotation..
 but, the time are too short..i wish to have my clinic rotation again..huhu...
(i gained back another 5 kg..waa!!)

  So far, being a houseman is a matter of adaptation & how you handle the stress life because of a lot of work with least sleep..
At the end, i feel being scolded by the MO is part of bread & butter of life
i'll get used with it
as long as my job finished..hehe
And one of the MO that always scolded me, become a good friend of me now..
whatever it is, hidup ini bagaikan roda..
Kadangkala kita berada diatas, kadangkala kita di bawah...

~berhijrah...

After 5 years of my medical school, now im entering a new world in my life... 
A working world...im now a working women..heheh...
But, being far from home is quiet challenging for me...huhu

Kini saya bekerja di salah sebuah Hospital Kerajaan di Malaysia...yeahhh
Hospital Tengku ampuan afzan (HTAA)...
Kuantan..

Tak di sangka..akhirnya ke Kuantanla saya telah ditetapkan..
So far, Kuantan is not a bad place..
Its a suitable place for a family, sebab ada banyak tempat reakreasi & tempat untuk berehat2la..hehe
(walaupun xdala bnyak masa nak berehat sgt kan..)
dan HTAA pula
Terletak di tengah2 bandar kuantan...waa...besnyer...
Rasanya..macam bangunan hospital ni adalah antara bangunan yang terbesar di kuantan..
hehe..ada kot bangunan lain..maybe tak sempat explore lagi

Inilah gambar HTAA dari komplek teruntum bersebelahan dengannya..
Kalau tgk dari pic ni nampak mcm harmoni je bandar kuantan..
Bolehla...kalau compare ngan KL tension gak asyik jem je manjang..huhu
Skit2 bolehla terlepas dari kesesakan lalu lintas kan...

Orang kat Kuantan pun baik2 belaka..
Pasni, saya akan cerita lagi sedikit sebanyak tentang Life as houseman & life at Kuantan....
The challenge & experience behind it...

Wednesday, June 16, 2010

~~Congratulation to my beloved housemate, Adlin~~

Tanggal 12 Jun 2010, Sabtu, Kota tinggi johor adalah tarikh yang amat bersejarah buat one of my beloved friends, Dr Puan Nur Adlin....

Congrates Adlin..



kompang dipalu, pengantin baru 
duduk bersanding, tersipu malu 
kompang dipalu, pengantin malu 
moga bahagia, ke anak cucu 

kami doakan moga berkekalan 
selamat sejahtera hingga akhir zaman 


Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya.....

Monday, June 7, 2010

~~AwaN RoMaNtiK~~

Ok...apa yang saya suka sangat pasal pic ni...?
Pic ni di ambil semasa dalam kereta... tapi masa ni tengah lampu merah.. so selamatla nak amik pic ni..
Masa ni dekat depan hospital Sungai Buloh depan traffic light lepas kuar dari tol..
Saya tgk je awan tu, terus gembira sgt & take this picture...

Tu la picture awan yang saya maksudkan..
Awan berbentuk LOVE hee~~
Its remind me of someone during my driving...
Teringat kata2 dia yang menasihatkan saya untuk drive bawah 110km/hr, or remind me don't use handphone during driving, don't sleep during drive and always take care of myself...
Soo..terus semangat nak drive dgn lebih berhati2..hee...
Entry jiwang mode~~~