Friday, January 27, 2012

sepetang di pekan bandar diraja~

sebelom habis Housemnship di kuantan pahang, kalini aku buat pertama kalinya terasa ingin berjalan2 di sekitar pahang ni...hehehe....

jalan punye jalan, tetibe sampaila aku ke bandar pekan, bandar diraja.....

nak tgk ape yg bes kat cni? nape ia dipanggil bandar diraja ye?

meh kita baca skit2 sejarah pekan....

Bandar Pekan terkenal sebagai Bandar Diraja kerana tempat bersemayam Sultan dan kerabat Diraja Pahang serta pusat pentadbiran negeri sejak dahulu lagi. Selain itu, Pekan turut terkenal sebagai pusat tumpuan perdagangan dan perniagaan. Kedudukannya yang strategik iaitu di kuala Sungai Pahang menjadi faktor kepada keadaan ini memandangkan sungai menjadi jalan perhubungan utama pada masa itu.

Keluasan daerah Pekan ialah 380,500.00 hektar atau 3,805 kilometer persegi. Daerah Pekan  merangkumi 11 buah Mukimiaitu Mukim Pekan, Mukim Kuala Pahang, Mukim Pahang Tua, Mukim Pulau Rusa, Mukim Langgar, Mukim Ganchong, Mukim Temai, Mukim Pulau Manis, Mukim Lepar, MukimPenyor dan Mukim Bebar.
Daerah Pekan juga merupakan daerah keempat terbesar yang terletak di bahagian Timur negeri Pahang.

Ni pekan riverfront, tempat riadah penduduk pekan... 

 Ni tak ingat ape ntah name tempat ni...hehe
 Singgah semayang jap... Alhamdullilah....
        ni suasana di bandar pahang masa cuti raya cina..sume tutup..hehe
        bandar yg lengang & tak ade jem pun...hehe
      ni yang paling penting..... Hospital pekan.. bagi org yang tak tahu mcm mane rupe hospital pekan..ni lah die... Cantik, Baru.. fully computerized tau...
so, for those yg di tempatkan disini dah dapat la idea skit2..hehe....

then after dah jalan2, terasa perut berkeroncong...maka singgahla di tempat yg selalu disebut2 di sini "MURTABAK MAKASAR", yang terletak di Kg Makasar...hehe

nyum nyum....