Wednesday, October 27, 2010

Berakhirnya posting surgery

Setelah 4 bulan berhempas pulas menjalani hidup sebagai seorang HO posting pertama di jabatan pembedahan, kini aku akan di tempatkan ke jabatan perubatan.
Bila dipikirkan balik banyak juga kenangan manis semasa berada di jabatan pembedahan..
Segala kepayahan, hiruk pikuk di HTAA akhirnya berjaya kulalui tapi hanya di jabatan pembedahan.
Minggu2 terakhir, aku telah di assign untuk assist di scope room. Pelbagai jenis scope / teropong dapat aku tgk antaranya :

1) OGDS (kamera untuk teropong bahagian perut)
2) Colonoscope (bahagian bwh melalui bahagian dubur sehingga ke usus besar)
3) EUS (endoscopic ultrasound)- teropong ni ada 2 functions. selain ada kamera, die jugak ada US function untuk scan dinding perut
4)ERCP (endoscopic retrograde chalaniopancreatography)- yang ni pula untuk tgk batu hempedu..

Yang menariknya di bilik endoscopy ni, hanya specialist (dr pakar) sahaja yang boleh membuat scope.. dan registrar (MO yang mengambil master) tapi under supervision pakar la.

Tugas saya di bilik scope adalah membantu memberi sokongan moral kepada pesakit..hehe... supaya tenang dan jgn takut..(penting tu)...kalau pt restless susah jugak nak buat...
& memastikan semua form telah diisi indication, consent, dan medication...



Antara indications yang selalunya patient kene wat scope ni ialah:

1) OGDS - dyspepsia (rasa pedih ulu hati), PUD (ulser di perut),
                   GOO (gastric outlet obstruction symptom)- pesakit yang datang dengan muntah2, susah nak telan (dysphagia) untuk tgk ada ketumbuhan di dalam perut,
                    Melena (najis berwarna hitam)
                    Hematemesis (muntah darah)

Selain dari untuk tujuan diagnostic, OGDS juga digunakan untuk therapeutic.Contohnya:

1) bleeding ulcer (pendarahan dari ulser di perut): boleh dihentikan dengan injection adrenalin dekat ulser itu ataupun clipping
2) Bleeding from esophageal varices (pendarahan dari saluran darah di esophagus)- boleh diikat menggunakan banding..
Clo test juga akan ditest untuk melihat samada punca ulser di perut adalah disebabkan oleh kuman yang bernama Helicobacter pylori. Sedikit tisu sample akan diambil dan diletakkan ke dalam tempat testing.

                          Clo test akan berubah warna pink apabila terdapat jangkitan kuman H.pylori pada perut

Colonoscopy - (kamera dimasukkan untuk teropong bahagian keluar najis dan usus besar)
          
Indikasi untuk ujian colonosopy ini juga sama seperti OGDS
1)LGIB - PR bleed (najis berdarah atau membuang najis bersama darah)
2) Altered bowel habit (najis yang berubah2 sekejap keras sekejap lembut atau cair)
2) Subacute I/O (masalah tidak boleh membuang najis samada tersumbat disebabkan ketumbuhan/tumor)

Tapi in acute I/O slalunya xbleh buat colonoscopy ni sbb takut bowel perforation..

So far, sesiapa yang nak masuk posting surgery hendaklah bacala skit2 mengenai topic:

  • UGIB
  • LGIB
  • Acute abdomen (ac appendicitis, PUD, cholecystitis,pancreatitis)
  • Head injury
  • Renal stone
  • intestinal obstruction
  • All lumps & bumps
  • hernia
  • thyroid

The principle of surgical management is to stabilized & prepare the patient pre-operatively, Critical care of patient post-operatively and how to manage acute cases such as acute bleeding or severe head injury. 

You have to play with fluid & electrolyte because even slight hyponatremia pre-operatively can influence recovery rate of that patient post-operatively.. 

And one of my MO always advice, pt with ascending cholangitis should be attend stat & treated closely because the patient may come initially stable but may deteriorate within second!!

Kalau ada patient acute bleeding, UGIB / LGIB, just prepare je la untuk pasang CVP.. kene monitor i/o closely...

Then, if ada patient datang mild- severe head injury or post craniectomy (neuro patient).. GCS kene betul2 charting & assess... sbb if GCS drop samada kene repeat CT scan or prepare for intubation..

Or, if ada patient yang daripada siang hari dah tak stable, Eg: hypotension even with inotrope support, kenela report pada MO supaya boleh dirujuk kes tersebut kepada anaesth..

Hrm...overall posting surgical di HTAA merupakan 1 pengalaman manis yang takkan dilupakan sampai bile2.. terutama bila datang sebagai 1st poster..bnyak kenangan manis & pahit.. MO semua baik2 termasuk specialist.. Thanks a lot to my senior2 yang bnyak membantu meneruskan perjuangan dan kerjaya sbg seorang dr pelatih.. thanks juga kepada MO & specialist atas segala tunjuk ajar...

Thursday, October 21, 2010

Kuantan Bandar tikus?

Takutnyer bile mendengar petikan tajuk di atas.. 
apa sebenarnya yang berlaku ni??
Mari kita baca bersama2 utusan Malaysia bertarikh 18/10/10 ni..



TAHAP kebersihan premis makanan di bandar Kuantan boleh dianggap pada tahap sederhana.
Jika markah penuh yang diberikan ialah sebanyak 100 peratus, kebanyakan premis makanan di ibu negeri Pahang ini hanya 65 peratus dan di bawah daripada kadar itu.
Dalam program penarafan bintang yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) baru-baru ini, hanya tiga premis yang mendapat 5 Bintang.

Itu pun kesemuanya merupakan premis makanan segera. Dua premis makanan 24 jam milik India Muslim di bandar ini mendapat penarafan 4 Bintang.
Tiada premis makanan Melayu yang mendapat penarafan bintang sedangkan kaum itu dikenali sebagai bangsa pembersih.

Di manakah silapnya?
Ternyata faktor kebersihan premis makanan tidak selaras dengan perkembangan pembangunan dan peningkatan kualiti perbandaran di Kuantan masa kini.
Pertumbuhan pesat bandar Kuantan telah menggalakkan lagi pembukaan kedai makan dan restoran, gerai dan kilang pembuatan makanan.

Namun, di sebalik rakyat menikmati pertumbuhan pesat ekonomi di bandar Kuantan, ramai pengusaha atau pengendali makanan mengabaikan kualiti kebersihan semata-mata mahu mengejar keuntungan.
Bagi menilai tahap kebersihan terutama di kalangan pengendali atau pengusaha premis makanan di sekitar bandar Kuantan, MPK menjalankan satu kajian berkaitan tahap pencemaran bakteria.
Kajian itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Antarabangsa (CLAIR) yang beribu pejabat di Jepun yang diketuai pakar kebersihan makanan, Usui Chikara.
Turut terlibat dalam kajian di bandar ini selama dua minggu ialah pakar kebersihan makanan dari CLAIR Singapura dan seorang pakar dari Universiti Nasional Singapura.

Kajian tersebut dilakukan ke atas peralatan memasak termasuk kain pengelap di 12 premis makanan popular di bandar Kuantan.
Hasil kajian itu mendapati peralatan di premis makanan terbabit tidak memuaskan iaitu 25 peratus melebihi tahap pencemaran yang dibenarkan.
Ia sekali gus memberi gambaran tahap kebersihan premis makanan masih rendah dan ia boleh menyumbang kepada masalah keracunan makanan.

Persampelan makanan yang dijalankan oleh Unit Kawalan Mutu Makanan MPK sehingga Ogos lalu ke atas premis makanan terpilih mendapati bahawa 30 peratus iaitu 12 daripada 40 sampel makanan bagi analisis mikrobiologi tercemar dengan bakteria E-Coli, Basilus Cereus dan Stphlycoccus.
Kedua-dua kajian terbabit mendapati tahap kebersihan premis makanan di bandar Kuantan masih tidak mencapai kualiti makanan yang memuaskan iaitu mencapai atau melebihi 80 peratus penilaian kebersihan makanan.

Masalah lain yang turut menyumbang kepada faktor kualiti kebersihan premis makanan ialah berkaitan pembiakan lipas, lalat dan tikus (LILATI).
Perlu diingat bahawa tindakan mengawal LILATI di kawasan awam atau luar premis makanan adalah tanggungjawab MPK sedangkan kawalan atau pemusnahan haiwan perosak itu di dalam premis adalah tugas pemiliknya.

Berbanding lalat dan lipas, masalah tikus di bandar Kuantan dianggap lebih serius.
Pembiakan tikus di premis makanan boleh menyumbang kepada masalah penyakit kencing tikus atau leptospirosis jika ia tidak dikawal sepenuhnya.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini sahaja, sejumlah 1,945 ekor tikus berjaya ditangkap oleh MPK di pusat bandar terutama di luar premis makanan dan tempat pembuangan sampah.
MPK mengenal pasti dua lokaliti yang mempunyai indeks kawalan tikus yang tidak terkawal iaitu di Pasar Besar Kuantan dan Jalan Datuk Wong Ah Jang.

Sebagai usaha untuk mengawal tikus-tikus terbabit, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengubah waktu kutipan sampah dari siang kepada malam bagi mengawal pusat pembuangan sampah yang menjadi tempat tikus mencari makan pada waktu malam.
MPK juga menggiatkan lagi operasi tikus atau Ops Tikus di kawasan awam dan premis makanan bertujuan memusnahkan haiwan tersebut.

Meskipun begitu masih banyak rungutan orang ramai terhadap kehadiran tikus di bandar Kuantan.
Ada yang mendakwa pernah melihat tikus sebesar kucing yang menyelinap di longkang-longkang yang menjadi tempat persembunyian di bandar ini.
Salah satu punca wujudnya ribuan tikus di pusat bandar ini disebabkan sikap segelintir pemilik premis makanan yang membuang sampah dan sisa makanan secara tidak bersistematik.
Justeru, MPK dan pengendali premis makanan perlu lebih proaktif menangani masalah kehadiran tikus-tikus ini.

Syor yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong supaya pembersihan berkala di saliran-saliran atau longkang-longkang yang menjadi habitat tikus perlu dilaksanakan.

Pendek kata, apa sahaja usaha perlu dijalankan supaya Kuantan tidak dilabelkan sebagai 'Bandar Tikus' sebagaimana Kota London yang pernah mendapat jolokan tersebut sekitar kurun ke-18 dan 19.

Apakah?? 
Dah la saya memang pelanggan tetap di kedai2 mkn di sini..
maklumla orang duduk hostel (mane de dapur nak masak)
So...wut is the next step?
do i need to take fastfood everyday??
wooo~~~
sedihnyer cmni...


MyEm0.Com




Happy BirtHdaY 2 U.....


May this year be your best ever.
I hope all your birthday dreams and wishes come true.
Not just a year older, but a year better.
Here's to another year of experience.
A simple celebration, here is wishing you great happiness, a joy that never ends.


Sometimes words are hard to find to form that perfect line to let you know you are always on my mind. Happy birthday dear!
I feel so lucky sharing my life with someone as wonderful as you.


Happy Birthday my love!