Dijadikan cerita, pada suatu pagi di hari perayaan Thaipusam, Si ibu dan bapa membuat keputusan untuk bermotosikal ke tempat kerja.. Alia yang tinggal dirumah bersama leka bermain di halaman rumah tanpa disedari pembantunya. Suatu masa, dia terjumpa sebatang paku karat yang disangka berfungsi seperti sebatang pen. Setelah gagal melakar di atas simen, Alia mencari tempat yang sesuai untuk mencurahkan ideanya lalu dia mencuba pada kereta Honda City hitam bapanya yang baru dibeli setahun yang lalu. Lakaran gambar imaginasinya yang jelas menyebabkan die berasa gembira dan terus melakar gambar ayah dan ibunya.
Setelah pulang dari tempat kerja, terkejut 'gila' lah pasangan itu melihat keretanya diperlakukan begitu. Si bapa lantas menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah tersentak lalu berlari keluar. Dia lantas beristighfar dan ketakutan melihat wajah bengis tuannya. Tiba-tiba, berlari keluar si anak dengan nada manja berkata "Alia buat ayyahh..." Cantik tak?". Katanya lalu memeluk ayahnya manja seperti selalu.
Si ayah yang sudah hilang sabar merentap ranting pokok bunga di hadapannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya kemarahan. Si anak yang tidak mengerti apa-apa terlolong-lolong dan menangis kesakitan dan ketakutan. Si ibu mendiamkan diri tanda bersetuju dengan tindakan suaminya. Si bapa rakus memukul-mukul kedua-dua belah tangan anaknya itu, dan setelah puas pasangan itu terus beredar meninggalkan anaknya. Pembantu rumah mendukung anak kecil itu memujuknya masuk ke dalam bilik.
Melihat keadaan tangan Alia, Si pembantu rumah berasa sayu lalu membersihkan tangan Alia sambil bergenang air mata di kelopaknya.. Alia menangis terjerit-jerit menahan pedihnya luka itu terkena air.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan Alia bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan saja minyak gamat tu!", balas si ayah. Tiga hari berlalu, Si ayah langsung tidak menjenguk anaknya yang tidur dalam pelukan pembantu rumah mereka.
"Alia demam....", Kata pembantu rumah mereka....
"Bagi minum panadol tu", balas si bu. Si ibu hanya menjenguk anaknya yang sedang tidur dari jauh.. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberi tahu bahawa demam Alia terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5 siap", balas majikannya.
Sampai ke klinik, disebabkan keadaan Alia yang sangat lemah dan lesu doktor mengarahkan dia dirujuk ke hospital. Setelah menjalankan beberapa ujian di hospital selama selang beberapa hari, doktor memanggil kedua pasangan itu untuk berbincang. "Disebabkan gangrene yang teruk, kami tiada pilihan, Ia sudah bernanah dan dijangkiti kuman dan demi menyelamatkan nyawanya, kedua tangannya perlu dipotong dari siku kebawah"..jelas doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena panahan halilintar mendengar kata-kata itu. Si ibu meraung, menangis merangkul erat anaknya. Si bapa yang terketar-ketar menandatangai surat pembedahan terduduk merasakan seperti tiada kekuatan untuknya berdiri. Alia terpinga-pinga melihat kedua ibu bapanya dan pembantu rumahnya menangis. Dia juga melihat kedua tangannya berbalut putih..
Dalam linangan air mata, Alia bersuara, "Abah......Mama........Alia tak buat lagi... Alia tak mau ayah pukul... Alia tak mau jahat..Alia sayang abah..sayang mama...Alia sayang Kak Warti..."
Sekaligus pembantu rumah dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah...bagilah balik tangan Alia, Buat apa ambil...Alia janji tak buat lagi! Camne Alia nak makan? Nak main macam mane? Alia janji tak conteng kereta lagi....," Kata nya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung ibunya mendengar kata-kata anaknya. Namun takdir yang terjadi, tiada siapa mampu menahan..
No comments:
Post a Comment