Tuesday, January 12, 2010

Manage your anger before its manage you

Entry kali ni sempena kene buat pamphlet mengenai 'Anger Management'..
Pamphlet ni bertujuan untuk patient education la....
So, saya nak kongsi bersama bagaimana untuk kita mengawal marah..

Apa itu Marah?

· Marah ialah emosi semulajadi

· Tetapi, ia boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan.

· Marah bersifat dari sedikit keresahan sehingga menjadi ganas & tidak terkawal

Apa yang terjadi ketika marah?

1. Pernafasan menjadi cepat

2. Degupan jantung meningkat

3. Tekanan darah meningkat

4. Ketegangan otot

5. Lebih bertenaga (perubahan hormon)

Apakah keburukan marah?

1. Kecederaan fizikal & emosi (rasa bersalah, dendam dari orang lain)

2. Masalah kesihatan (darah tinggi, stroke, sakit jantung)

3. Gangguan mental

3 Langkah Mengatasi Marah

1) Luahkan

Luahkan marah anda dengan cara yang wajar (Contohnya:senyum,tegas dan terkawal)

2)Bijak Mengawal

K:Kawal perasaan anda

B:Berhenti memikirkan perasaan marah itu

M:Mengalihkan pada sesuatu yang positif ( memasak, berenang, melakukan hobi)

3)Bertenang

Nafas: Tarik nafas dalam dan lepaskan perlahan-lahan

Ulang: Ulang cara diatas sambil memikirkan keadaan yang‘tenang’

Regangan: regangkan otot2 anda

Jenaka : Berjenaka untuk meredakan dan melupakan kemarahan

Hindar: Ubah persekitaran dan hindari sumber kemarahan anda


Langkah Pencegahan

“Kenali diri anda”

· Catatan diari tentang kemarahan (Bila, bagaimana, punca dan cara anda mengatasinya)

· Melakukan rutin senaman kelegaan (untuk merehat dan melegakan badan)





No comments: