Saturday, March 31, 2012

Emergency Department HTAA

4 bulan di jabatan kecemasan atau Emergency Department (ED) memberikan banyak memori pahit & manis
Ia merupakan satu cabaran yang besar untuk staff atau doktor, pembantu perubatan, atau semua kakitangan di sini kerana berperanan as a 'first liner' dalam bidang perubatan ni....

kalau diikutkan definisi, ED berfungsi sebagai provider untuk penjagaan pesakit akut atau emergency.
Pesakit yang datang dengan pelbagai isu, masalah dari yang simple seperti URTI sehinggalah yang LIFE THREATENING...

Sebabtu la disini ada TRIAGE.. untuk mengklassifikasi pesakit2.. Di HTAA terbahagi kepada 2 zone... GREEN ZONE & YELLOW&RESUSITATION ZONE.. Di GREEN zone sendiri boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu G1,G2,G3,G4.... Ia dibahagikan mengikut urgency & beberapa faktor contohnya usia atau keutamaan penyakit tersebut...

Tak macam dekat bank or pejabat pos or mane2 kaunter kerajaan lain.. siape datang cepat, die akan dilihat dulu...tapi di ED,pesakit dilihat mengikut keutamaan tertentu.. dan masih ramai pesakit si luar sana yang masih tidak faham bagaimana ED berfungsi... kadangkala menyebabkan salah faham untuk pesakit2 yang datang awal tetapi dilihat lambat...

Dan cabaran pada masa kini untuk semua ED yang bukan sahaja di Malaysia, malah ED di seluruh dunia..ialah overcrowding... kesesakan di jabatan kecemasan berlaku sehari ke sehari...pesakit datang tidak mengira waktu kadang kala hanya disebabkan penyakit yang 'ringan-ringan' seperti selesema, batuk atau yang dikategorikan tidak la sangat emergency...

Ni merupakan sumber yang dapat dari En. Google tentang isu overcrowding di ED...


Most doctors who work in emergency departments have noticed an uptick in patient volume, according to a recent survey by the American College of Emergency Physicians. More than 80% said they saw an increase in the number of patients.
40.2%: Significantly increased 
40.2%: Somewhat increased 5.9%: Somewhat decreased 0.7%: Significantly decreased 10.8%: No change 2.3%: Not sure
Source: American College of Emergency Physicians, ACEP 2011 National Emergency Physicians Survey Results, April 2011

Tapi tu takpelah... pesakit datang kitorang treat je.... yang penting kerja disini banyak memberikan pengalaman dan pelajaran...  dapat aplikasikan teori medicine dalam semua bidang, O&G, PAEDS, MEDICINE, Ophtal, ENT, PSY, ortho, surgery, dan banyak lagi...selain itu, dapat belajar how to break bad news... bile ingin mengkhabarkan berita sedih kepada waris bahawa saudaranya meninggal, how to handle psy patient, dan bnyak lagila....


        Antara kes critikal yang dapat di lihat di ED


  Keadaan triage di GREEN ZONE... bestnye kalau kosong macam ni selalu..he he he
Pelbagai 1000 sebab pesakit datang ke ED
  Guideline yang terdapat di ED untuk rujukan semua..:)

No comments: