Saturday, March 31, 2012

Emergency Department HTAA

4 bulan di jabatan kecemasan atau Emergency Department (ED) memberikan banyak memori pahit & manis
Ia merupakan satu cabaran yang besar untuk staff atau doktor, pembantu perubatan, atau semua kakitangan di sini kerana berperanan as a 'first liner' dalam bidang perubatan ni....

kalau diikutkan definisi, ED berfungsi sebagai provider untuk penjagaan pesakit akut atau emergency.
Pesakit yang datang dengan pelbagai isu, masalah dari yang simple seperti URTI sehinggalah yang LIFE THREATENING...

Sebabtu la disini ada TRIAGE.. untuk mengklassifikasi pesakit2.. Di HTAA terbahagi kepada 2 zone... GREEN ZONE & YELLOW&RESUSITATION ZONE.. Di GREEN zone sendiri boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu G1,G2,G3,G4.... Ia dibahagikan mengikut urgency & beberapa faktor contohnya usia atau keutamaan penyakit tersebut...

Tak macam dekat bank or pejabat pos or mane2 kaunter kerajaan lain.. siape datang cepat, die akan dilihat dulu...tapi di ED,pesakit dilihat mengikut keutamaan tertentu.. dan masih ramai pesakit si luar sana yang masih tidak faham bagaimana ED berfungsi... kadangkala menyebabkan salah faham untuk pesakit2 yang datang awal tetapi dilihat lambat...

Dan cabaran pada masa kini untuk semua ED yang bukan sahaja di Malaysia, malah ED di seluruh dunia..ialah overcrowding... kesesakan di jabatan kecemasan berlaku sehari ke sehari...pesakit datang tidak mengira waktu kadang kala hanya disebabkan penyakit yang 'ringan-ringan' seperti selesema, batuk atau yang dikategorikan tidak la sangat emergency...

Ni merupakan sumber yang dapat dari En. Google tentang isu overcrowding di ED...


Most doctors who work in emergency departments have noticed an uptick in patient volume, according to a recent survey by the American College of Emergency Physicians. More than 80% said they saw an increase in the number of patients.
40.2%: Significantly increased 
40.2%: Somewhat increased 5.9%: Somewhat decreased 0.7%: Significantly decreased 10.8%: No change 2.3%: Not sure
Source: American College of Emergency Physicians, ACEP 2011 National Emergency Physicians Survey Results, April 2011

Tapi tu takpelah... pesakit datang kitorang treat je.... yang penting kerja disini banyak memberikan pengalaman dan pelajaran...  dapat aplikasikan teori medicine dalam semua bidang, O&G, PAEDS, MEDICINE, Ophtal, ENT, PSY, ortho, surgery, dan banyak lagi...selain itu, dapat belajar how to break bad news... bile ingin mengkhabarkan berita sedih kepada waris bahawa saudaranya meninggal, how to handle psy patient, dan bnyak lagila....


        Antara kes critikal yang dapat di lihat di ED


  Keadaan triage di GREEN ZONE... bestnye kalau kosong macam ni selalu..he he he
Pelbagai 1000 sebab pesakit datang ke ED
  Guideline yang terdapat di ED untuk rujukan semua..:)

Friday, January 27, 2012

sepetang di pekan bandar diraja~

sebelom habis Housemnship di kuantan pahang, kalini aku buat pertama kalinya terasa ingin berjalan2 di sekitar pahang ni...hehehe....

jalan punye jalan, tetibe sampaila aku ke bandar pekan, bandar diraja.....

nak tgk ape yg bes kat cni? nape ia dipanggil bandar diraja ye?

meh kita baca skit2 sejarah pekan....

Bandar Pekan terkenal sebagai Bandar Diraja kerana tempat bersemayam Sultan dan kerabat Diraja Pahang serta pusat pentadbiran negeri sejak dahulu lagi. Selain itu, Pekan turut terkenal sebagai pusat tumpuan perdagangan dan perniagaan. Kedudukannya yang strategik iaitu di kuala Sungai Pahang menjadi faktor kepada keadaan ini memandangkan sungai menjadi jalan perhubungan utama pada masa itu.

Keluasan daerah Pekan ialah 380,500.00 hektar atau 3,805 kilometer persegi. Daerah Pekan  merangkumi 11 buah Mukimiaitu Mukim Pekan, Mukim Kuala Pahang, Mukim Pahang Tua, Mukim Pulau Rusa, Mukim Langgar, Mukim Ganchong, Mukim Temai, Mukim Pulau Manis, Mukim Lepar, MukimPenyor dan Mukim Bebar.
Daerah Pekan juga merupakan daerah keempat terbesar yang terletak di bahagian Timur negeri Pahang.

Ni pekan riverfront, tempat riadah penduduk pekan... 

 Ni tak ingat ape ntah name tempat ni...hehe
 Singgah semayang jap... Alhamdullilah....
        ni suasana di bandar pahang masa cuti raya cina..sume tutup..hehe
        bandar yg lengang & tak ade jem pun...hehe
      ni yang paling penting..... Hospital pekan.. bagi org yang tak tahu mcm mane rupe hospital pekan..ni lah die... Cantik, Baru.. fully computerized tau...
so, for those yg di tempatkan disini dah dapat la idea skit2..hehe....

then after dah jalan2, terasa perut berkeroncong...maka singgahla di tempat yg selalu disebut2 di sini "MURTABAK MAKASAR", yang terletak di Kg Makasar...hehe

nyum nyum....


Sunday, October 30, 2011

End of orthopaedic posting~~


Setelah 4 bulan di orthopaedic posting...berasa bersyukur akhirnya dapat menghabiskan posting pada masanya...
Tapi mesti banyak yang akan dirindui sebab banyak sangat kenangan manis di posting ini..

Rasa bertuah sangat kerana menjadi HO ortho di HTAA... Bukan setakat semua MO yang baik, malah specialist jugak memang banyak memberi tunjuk ajar & support selama ni...
Ni merupakan HO di ortho yang sama posting. pic ni diambil setelah habis round, masa untuk divide job... hehe

MyEm0.Com
Dan inilah diantara posting yang agak rileks kalau nak compare dengan seperti posting2 lain di HTAA.. sebab ortho HTAA merupakan tempat untuk master student ortho UIA disini...banyak subspeciality jugak contohnye ada hand team, spine team, foot,ankle, sport injury, reconstuctive team, arthroplasty team dll.

OT juga mengambil masa yang lama especially hand team bile nak menyambungkan amputated limb... memang mencabar keje2 depa ni..hehe

Walaupun orthopedic posting merupakan posting ke-4 saya, tapi saya telah banyak belajar bende2 baru yang tak ada dalam posting2 lain. HO juga diberi peluang untuk melakukan simple2 procedure seperti simple amputation and plating. walaupun saya ni takdela minat sangat untuk menceburi bidang ini, tapi at least saya ada la sikit2 gambaran or dapatla explain sikit2 pada patient or saudara-mara bile mereka bertanya mengenai bab2 patah ni... hehe

                 Gambar terakhir scrub di OT..(pasni dah abis surgical based posting)

                        Ni merupakan OT pertama Below knee amputation

         Ni adalah plating ulna pertama saya..hehe... TQ to DR Naveen atas tunjuk ajar die
                 Dan ni merupakan Check Xray patient yang saya telah plating


So far, saya akan merindui posting ini dan termasuk orang2 didalamnya....
thanks atas segala tunjuk ajar..
MyEm0.Com

Sunday, October 9, 2011

Malaysia chocolate fair 2011

Seronok juga system shift yang baru di-implemented ni.. After shift malam akan dapat off.. So, ada skali off tu aku pun balik la ke KL....

Masa di KL, singgah la sebentar ke mid valley. Masa tu ada Malaysia chocolate Fair 2011 yang diadakan selama 3 hari dari 7-9 october 2011...

Tapi aku pergi masa hari pertama pameran tersebut so, mcm takdela meriah sgt..
hrm... Korang tau tak asal usul coklat ni?

coklat berasal dari biji buah koko yang mula2 tumbuh di daerah Amazon utara sehingga ke amerika latin.


kemudian pada awal abad ke 15, Bangsa eropa membawa coklat ke eropah. Kira-kira 100 tahun selepas kedatangan koko di Eropah, coklat amat terkenal di London hingga didirikan “rumah coklat” untuk menyimpan bahan persediaan dan penyediaan coklat (diilham dari rumah kopi). Rumah coklat pertama dibuka pada 1657.

tapi sekarang coklat telah tersebar dalam pelbagai bentuk makanan di seluruh negara.

So, masa kat sini aku mengambil kesempatan ni utk merasa semua jenis coklat yg di hasilkan oleh orang tempatan kite.. 
"Malaysia boleh" la katakan...hehe..

ni contoh2 coklat yang diorang pamerkan..

 my dream table


 this one la yang aku paling suke... hehe..kreative la diorang ni
 ni antara coklat yang diorang bg rasa...
Walaupon rasa die takla sesedap coklat yang dari luar negara.. tapi bolehla.... hehe..

 ni booth utk siape yang nak hadiahkan coklat sebagai hantaran or hadiah hari jadi or sebagainya..

At last, aku beli ice blended coklat yang ada dijual disini... 
rasa die...erm boleh tahan. Harga murah je.. Rm3.50

Coklat boleh diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.


Tuesday, September 27, 2011

O&G.......?

Wah..Lamala sudah tidak mengupdate blog ku ini...rasa macam dah bersarang labah2 dah... Sampai ada junior yang baru masuk jadi houseman pun suruh aku meng'update' pasal posting2 yg berada di atas ni... chewahh (bujet glamer ar tuh)


Actually bukanlah tak nak update.. especially mengenai posting di atas ni.. tapi rasanya tiada yang menarik sangat la untuk posting tersebut..haha..


4 Months di O&G HTAA...     MyEm0.Com


Sebulan pertama tu..Okla...cuma kene adapt la skit dengan staff2, midwife & SN labour room yang agak tegas ini.. bukan ape, mereka ni terpaksa jd cmni, sebab ye la, menyambut kelahiran ni bukan kerja yang mudah, ia melibatkan 2 nyawa..Nyawa Si ibu &bayi... Tapi bile dah lama2 dok menapak kat labour room ni, baru kenal yang diorang ni semuanya baik2 hati belaka... Best sebenarnya keje ngan diorang ni..hehe    MyEm0.Com


HO kat cni kene melalui 4 Rotation.
                           1st- Rotation di Screening &low risk labour room,
                           2nd-High risk labour room,
                           3rd-Gynae
                           4th-Minor rotation (antenatal, postnatal, OT, clinic)


Oncall di O &G agak busy sebab ibu2 ni nak bersalin tak mengira masa...hehe...especially di hospital besar mcm HTAA.. but its fun if you enjoy it!! hehe


But.....As time goes by... pejam celik pejam celik....'delivered la aku dari posting ini @ term' hehe....
Mungkin sebab aku xminat sgt kat O&G kot..sbb tu aku rasa cam biasa je...huhu.. Tapi, aku dah tau yang aku memang tak sesuai kerje kat department ni...cam xde chemistry gitu..haha

           Ni antara suasana kat high risk labour room..suasana pagi2 masa baru masuk keje & patient pun xde lagi..sempatla nak snap jap..kalau x, mintak maapla... hehe


        Ni antara SN feveret kat posting ni..Best sbb die ni anti-jonah...hehe...
       Then yg paling best slalu bg aku mkanan ms aku tgh kelaparan oncall sbb xsempat mkn..:)
                                       

Friday, March 11, 2011

4 Bulan Di MeDiCaL......

4 bulan di Posting Medical banyak meninggal kan kenangan samada manis atau pahit...
Kenangan yang xkan dapat dilupakan selama2nya....

Posting medical di HTAA ni merupakan antara posting paling Busy di sini... Saya ditugaskan untuk menjaga 1 atau 2 cubicle di medical.. 1 cubicle mempunyai dalam 8-14 pesakit.. tapi ni kira ok la berbanding HO dulu2 yang menjaga 1 wad sorang2 je..huhu...

Kerja2 di medical ni menjadi mudah sebab saya telah melalui posting surgery 4 bulan lalu. Kerja2 seperti mengambil darah, Radiology appoinment, trace result, refer case, clerk patient, menjadi tugasan harian di medical.. cume pertambahannya, di medical, HO dikehendaki membuat prosedur2 tertentu yang agak jarang didapati di posting Surgery... contohnye PD (peritoneal dialysis), CVP (Central venous pressure), Tapping (pleural & peritoneal) dan yang paling emergency Intubation... 


Duduk dimedical banyak mengajar HO untuk berdikari... sebab jaga sorang2 je, then sumer nyer junior..ape2 kesalahan atau kerja tak siap, kita akan di pertangungjawabkan...
tak macam masa surgical dulu..banyk senior2 posting... sikit2 Kak rohaida... Miss her a lot...
Banyak sangat mengajar masa di posting pertama....

Oncall di medical pula, adalah untuk menjaga pesakit di acute cubicle & clerk new case.. HO kenela cube sedaya upaya menjaga pesakit2 ini untuk 'survive' sehingga keesokkan paginya..hehe...yang paling penting ialah issue DIL & DNR


Antara yang banyak kenangan manis di medical ialah apabila masuk ke Sub-posting... Sub yang pertama saya ialah Nephro....

Nephro...Best..Boss sumernye baik2...banyak mengaja, Thanks to Dr Azril sbb dielah yang bagi saya peluang untuk buat Femoral Catheter untuk dialysis... saat yang mencemaskan, tapi bila dah masuk tu rasa puas hati & lega....Penyakitnya senang je..selalunya ESRF...dan selalunya ada 2 je long term option diorang ni nak cuci, samada melalui darah ataupon peritoneal... kalau sakit selain dari tu yg masuk, call jela boss..... Tapi ada jugak kenangan pahit di Nephro... Tak taula saya ni Jonah ke, tapi menjaga pt nephro agak penat.. cubicle saya sentiasa penuh with extension, then bila nak masuk branula mereka2 nila agak payah..kene 'spend' masa skit..hehe.... Dan kenangan yang paling tak dapat dilupakan ialah semasa saya wat PD salah seorang pt nephro tiba2 dapat APO....takut sgt... sejak dari tu, memang takkan delay membuat PD..kene wat STAT...hehe.....


Saya di denggi ward....

Then, saya ke Sub-Chest..pun best jugak.. Bersama MO Dr Hnin & Dr Gowri... Sgt baik,... Dan tak lupe partner masa tu ialah Adibah....Telatah Adibah yang sangat peramah ni menyebabkan Dr.Gowri yang agak garang pun tak jadi nak marah...hehe..Dekat chest ni selalunya jaga pt TB di ward TB dan pesakit yang ada Lung CA... Dan prosedur yg nak kene tau ialah chest tube & all the flushingla..hehe... Rasanya jaga pt chest paling best..sbb slalunye diorang ni terminally Ill patient... kalau Stage IV lung CA slalunya family member sumer nak DNR..
then, kalau TB patient pulak, slalunya RVD patient... yang dah mcm 1 keluarga di TB ward..chumel je kalau tgk gelagat diorang ni....hehe

Last Sub- ialah Cardio... Cardio ni bg saya Bolehla.... hehe...BZ banyak la.... ada skali tu saya kene review hampir 30 pesakit semasa di cardio.. fuhh..... Cardio slalunya observe prosedure cam pacing, COROS... skit2 baca ECG..hehehe...yang xbes nyer,,sbb kene jaga CCU... hari2 BZ..kenape mesti hari2 ada orang sakit jantung?? takut tau...ingat lagi baru 1st day jg CCU, dah kene shock patient berkali2 sbb die ada recurrent VT.. Xbes la cemas2 je..hehe.lama2 Dr boleh sakit jantung... tapi paling bnyak dalam Cardio ialah merivew.sbb bnyak sgt referral . tak sabar nak abis cardio masa tu..heheh.....

tap tup..tibe2 je dah 4 bulan di medical.... cepat jugak masa berlalu... xsangka sudah 8 bulan saya menjadi HO...hehe....Sempena habis medical, saya telah celebrate diri saya dengan menghadiahkan diri saya sebuah iphone...yayyy....hehe
Pink lagi...lagi2 pink.....hehe



Ni gambar ape pulak?
ni la gambar dinding bilik saya...keje2 di waktu cuti ialah menghias bilik...
(cam budak2 je..hehe)

Tapi 4 bulan di medical betul2 mengajar saya menjadi seorang bergelar Dr..
At least saya menjadi lebih yakin untuk terus menjalani kehidupan sebagai HO..
Basic knowledge in medical have been updated in medical posting..
lehla nak jd GP ke..hehe..oppss.. Xlehla..mane ade lesen lagi...
thanks to all yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya....


Sesudah berhempas pulas di posting medical, tibalah saat2 yang ditunggu2... bercuti setelah penat bekerja..Yayyy!!!




Destinasi kali ini ialah bukit broga... Paling best ialah bila pergi meregangkan otot2 yang dah lm keras ni..huhu.. penat gelak je ngan bebudak ni.. miss them all






dipaksa menjadi model kat LBG photography ni...ntah ape2 ntah le....

Wednesday, October 27, 2010

Berakhirnya posting surgery

Setelah 4 bulan berhempas pulas menjalani hidup sebagai seorang HO posting pertama di jabatan pembedahan, kini aku akan di tempatkan ke jabatan perubatan.
Bila dipikirkan balik banyak juga kenangan manis semasa berada di jabatan pembedahan..
Segala kepayahan, hiruk pikuk di HTAA akhirnya berjaya kulalui tapi hanya di jabatan pembedahan.
Minggu2 terakhir, aku telah di assign untuk assist di scope room. Pelbagai jenis scope / teropong dapat aku tgk antaranya :

1) OGDS (kamera untuk teropong bahagian perut)
2) Colonoscope (bahagian bwh melalui bahagian dubur sehingga ke usus besar)
3) EUS (endoscopic ultrasound)- teropong ni ada 2 functions. selain ada kamera, die jugak ada US function untuk scan dinding perut
4)ERCP (endoscopic retrograde chalaniopancreatography)- yang ni pula untuk tgk batu hempedu..

Yang menariknya di bilik endoscopy ni, hanya specialist (dr pakar) sahaja yang boleh membuat scope.. dan registrar (MO yang mengambil master) tapi under supervision pakar la.

Tugas saya di bilik scope adalah membantu memberi sokongan moral kepada pesakit..hehe... supaya tenang dan jgn takut..(penting tu)...kalau pt restless susah jugak nak buat...
& memastikan semua form telah diisi indication, consent, dan medication...



Antara indications yang selalunya patient kene wat scope ni ialah:

1) OGDS - dyspepsia (rasa pedih ulu hati), PUD (ulser di perut),
                   GOO (gastric outlet obstruction symptom)- pesakit yang datang dengan muntah2, susah nak telan (dysphagia) untuk tgk ada ketumbuhan di dalam perut,
                    Melena (najis berwarna hitam)
                    Hematemesis (muntah darah)

Selain dari untuk tujuan diagnostic, OGDS juga digunakan untuk therapeutic.Contohnya:

1) bleeding ulcer (pendarahan dari ulser di perut): boleh dihentikan dengan injection adrenalin dekat ulser itu ataupun clipping
2) Bleeding from esophageal varices (pendarahan dari saluran darah di esophagus)- boleh diikat menggunakan banding..
Clo test juga akan ditest untuk melihat samada punca ulser di perut adalah disebabkan oleh kuman yang bernama Helicobacter pylori. Sedikit tisu sample akan diambil dan diletakkan ke dalam tempat testing.

                          Clo test akan berubah warna pink apabila terdapat jangkitan kuman H.pylori pada perut

Colonoscopy - (kamera dimasukkan untuk teropong bahagian keluar najis dan usus besar)
          
Indikasi untuk ujian colonosopy ini juga sama seperti OGDS
1)LGIB - PR bleed (najis berdarah atau membuang najis bersama darah)
2) Altered bowel habit (najis yang berubah2 sekejap keras sekejap lembut atau cair)
2) Subacute I/O (masalah tidak boleh membuang najis samada tersumbat disebabkan ketumbuhan/tumor)

Tapi in acute I/O slalunya xbleh buat colonoscopy ni sbb takut bowel perforation..

So far, sesiapa yang nak masuk posting surgery hendaklah bacala skit2 mengenai topic:

  • UGIB
  • LGIB
  • Acute abdomen (ac appendicitis, PUD, cholecystitis,pancreatitis)
  • Head injury
  • Renal stone
  • intestinal obstruction
  • All lumps & bumps
  • hernia
  • thyroid

The principle of surgical management is to stabilized & prepare the patient pre-operatively, Critical care of patient post-operatively and how to manage acute cases such as acute bleeding or severe head injury. 

You have to play with fluid & electrolyte because even slight hyponatremia pre-operatively can influence recovery rate of that patient post-operatively.. 

And one of my MO always advice, pt with ascending cholangitis should be attend stat & treated closely because the patient may come initially stable but may deteriorate within second!!

Kalau ada patient acute bleeding, UGIB / LGIB, just prepare je la untuk pasang CVP.. kene monitor i/o closely...

Then, if ada patient datang mild- severe head injury or post craniectomy (neuro patient).. GCS kene betul2 charting & assess... sbb if GCS drop samada kene repeat CT scan or prepare for intubation..

Or, if ada patient yang daripada siang hari dah tak stable, Eg: hypotension even with inotrope support, kenela report pada MO supaya boleh dirujuk kes tersebut kepada anaesth..

Hrm...overall posting surgical di HTAA merupakan 1 pengalaman manis yang takkan dilupakan sampai bile2.. terutama bila datang sebagai 1st poster..bnyak kenangan manis & pahit.. MO semua baik2 termasuk specialist.. Thanks a lot to my senior2 yang bnyak membantu meneruskan perjuangan dan kerjaya sbg seorang dr pelatih.. thanks juga kepada MO & specialist atas segala tunjuk ajar...